Beberapa Parti Komponen BN Mohon Sertai PN – Tuan Ibrahim

ALOR SETAR – Beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) dilaporkan telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut beliau, permohonan berkenaan kini sedang diteliti oleh Majlis Tertinggi PN sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Banyak pihak yang memohon untuk bersama PN, termasuk badan bukan kerajaan (NGO). Antara yang sudah menghantar permohonan ialah parti komponen BN.

“Cuma buat masa ini kita tidak akan umumkan parti mana, biarlah ia kekal rahsia sehingga keputusan rasmi dibuat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS di sini, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendedahkan gabungan pembangkang itu pernah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan MCA dan MIC, dua parti komponen BN.

Permohonan parti-parti BN ini dijangka menjadi perhatian kerana ia melibatkan kedudukan BN sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *