Kasih Ramadan bantu dua keluarga asnaf lengkapkan persiapan raya

JOHOR BAHRU – Dua keluarga asnaf menerima sumbangan kelengkapan Hari Raya menerusi program Kasih Ramadan yang diadakan di @Mart Kempas, di sini, baru-baru ini. Program tersebut memberi peluang kepada penerima untuk memilih sendiri keperluan seperti baju raya, tudung, songkok dan kasut bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Program kebajikan itu diketuai oleh Dr Norsham Idris yang merupakan Ahli Kasih Malaysia serta isteri kepada Ahli Parlimen Pulai, bersama Penggerak Wanita Parlimen Pulai. Inisiatif tersebut dilaksanakan sebagai usaha berkongsi rezeki dan membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan menjelang Syawal.

Menurut Dr Norsham, pendekatan membawa sendiri keluarga asnaf membeli kelengkapan raya memberi ruang kepada mereka memilih keperluan yang sesuai untuk seisi keluarga. Pada masa sama, ia turut memberi kegembiraan kepada anak-anak agar mereka dapat menyambut Hari Raya dengan lebih ceria.

Beliau turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama pelbagai pihak. Usaha berterusan itu diharap dapat membantu lebih ramai golongan asnaf di kawasan Parlimen Pulai menikmati kegembiraan menjelang Aidilfitri.

Ahli Penggerak Wanita Parlimen Pulai membantu penerima bantuan memilih kasut raya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *