Pendapatan RM13,000 Belum Tentu ‘Senang’, Boleh Jatuh M40 Atau B40 – Asyraf Wajdi

SHAH ALAM : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Asyraf Wajdi Dusuki, mengingatkan tafsiran kategori T20 dan M40 perlu dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira kos sara hidup sebenar rakyat.

Menurut beliau, pendapatan isi rumah RM13,000 tidak semestinya menunjukkan sesebuah keluarga hidup selesa terutama bagi yang tinggal di bandar besar dan mempunyai ramai anak masih belajar.

Asyraf berkata ada keluarga yang secara teknikal dikategorikan sebagai T20, namun realitinya boleh jatuh ke kelompok M40 atau B40 selepas ditolak komitmen bulanan.

Beliau memberi contoh pasangan guru dengan gabungan pendapatan RM13,000 tetapi perlu menanggung anak di universiti, kolej serta sekolah di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Katanya, faktor tanggungan dan kos hidup perlu diambil kira sebelum membuat penilaian terhadap tahap kewangan sesebuah keluarga termasuk dalam urusan pembiayaan MARA.

One thought on “Pendapatan RM13,000 Belum Tentu ‘Senang’, Boleh Jatuh M40 Atau B40 – Asyraf Wajdi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *