15 pejuang kanser terima sumbangan Aidilfitri di Parlimen Pulai

JOHOR BAHRU – Seramai 15 pejuang kanser menerima sumbangan Aidilfitri dalam satu program khas bagi menyantuni mereka yang sedang berjuang melawan penyakit tersebut menjelang sambutan hari raya.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKP) Kesihatan.

Program tersebut bertujuan memberi sokongan moral kepada pesakit kanser selain meringankan sedikit beban mereka dan keluarga dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Menurut Suhaizan, golongan pesakit kanser merupakan pejuang sebenar yang memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat.“Setiap daripada mereka sedang berjuang dengan ujian yang sangat besar. Kita berharap sumbangan kecil ini dapat memberi sedikit keceriaan menjelang Aidilfitri serta mengingatkan mereka bahawa masyarakat sentiasa bersama mereka,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *