PETALING JAYA – Tindakan pemecatan enam bekas ketua bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini dipersoalkan apabila mereka tampil membuat aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), mendakwa digugurkan tanpa proses yang jelas serta tidak mengikut perlembagaan parti.
Keenam-enam bekas pemimpin itu hadir ke pejabat JPPM hari ini bagi menyerahkan surat bantahan dan aduan, selain mendesak siasatan dijalankan terhadap prosedur pemecatan yang didakwa dilakukan tanpa perbincangan dan tanpa perincian kesalahan sebenar.
Bekas Ketua Bersatu Bahagian Puchong, Mohd Shukor Mustafa menegaskan, mereka tidak menolak hak parti untuk mengambil tindakan disiplin, namun mempersoalkan cara dan kaedah yang dilihat bercanggah dengan prinsip keadilan serta hak ahli untuk membela diri.
Menurutnya, perlembagaan parti dengan jelas memperuntukkan ruang rayuan kepada ahli yang dikenakan tindakan disiplin sebelum keputusan muktamad dibuat.
“Surat pemecatan menyatakan kami boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari. Tetapi pada masa sama, nama kami terus digugurkan daripada senarai keahlian. Ini seolah-olah keputusan sudah dimuktamadkan sebelum rayuan sempat dibuat,” katanya kepada pemberita, lapor Utusan Malaysia.
Tambah Mohd Shukor, tindakan tersebut menimbulkan persoalan serius kerana status keahlian sepatutnya kekal sepanjang tempoh rayuan, bagi membolehkan saluran dalaman parti digunakan secara sah.
Selain beliau, aduan turut melibatkan Mohd Faizal Asmar (Pengerang), Suhaimi Mohd Ghazali (Sepang) dan Mohd Isa Mohd Saidi (Ampang). Dua lagi bekas ketua bahagian, Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya) dan Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur), tidak dapat hadir namun turut dinamakan sebagai pengadu.
Mengulas lanjut, Mohd Shukor menyifatkan pemecatan tersebut sebagai tidak setimpal dengan kesalahan yang didakwa, malah memberi gambaran seolah-olah wujud agenda tersirat untuk menyingkirkan mereka daripada parti.
“Kami dirujuk kepada fasal tertentu dalam perlembagaan, tetapi tiada penjelasan terperinci tentang kesalahan sebenar. Tanpa fakta jelas, bagaimana kami boleh mempertahankan diri atau membuat rayuan secara adil?” soalnya.
JLMK? What’s that even stand for? Sounds kinda mysterious. Guess I’ll have to dive in and see what this site is all about. Keeping my fingers crossed it’s something interesting. Click here to investigate: jlmk
Boost your income—enroll in our affiliate program today!
Join our affiliate program and start earning today—sign up now!
Share our offers and watch your wallet grow—become an affiliate!
Start profiting from your traffic—sign up today!
Start profiting from your network—sign up today!
Become our partner now and start turning referrals into revenue!