PETALING JAYA : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Musa, mencadangkan parti pembangkang, Rafizi Ramli serta UMNO duduk semeja bagi merangka hala tuju baharu negara.
Menurut beliau, walaupun wujud perbezaan politik, semua pihak masih mempunyai beberapa titik persamaan khususnya melibatkan agenda perpaduan dan masa depan negara.
Annuar berkata cadangan itu timbul ketika beberapa tokoh politik mula membawa gerakan dan pendekatan baharu termasuk Rafizi, Hamzah Zainudin dan Muhyiddin Yassin.
Beliau turut menyentuh usaha penyatuan Melayu yang dibawa pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
Menurut Annuar, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan dan mula membina “roadmap” baharu demi kestabilan politik serta masa depan negara.
Politik negara sebelum ini menyaksikan pelbagai perpecahan dan pertembungan antara parti termasuk PAS, Bersatu dan UMNO selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pasca PRU15.