Lebih RM5.4 Juta Diperuntuk Naik Taraf Institusi Pendidikan Islam Negeri Sembilan

SEREMBAN : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM5.4 juta bagi kerja penyelenggaraan dan naik taraf institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan tahun ini.

Peruntukan khas itu melibatkan institusi pondok, maahad tahfiz, sekolah agama serta premis Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang memerlukan penambahbaikan prasarana.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddun Suhaimee berkata, Negeri Sembilan menerima keseluruhan RM47.7 juta bagi pelbagai aktiviti dan inisiatif berkaitan hal ehwal Islam termasuk elaun imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA.

Menurut beliau, inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat kepada 57 institusi agama di negeri itu melibatkan dua institusi pondok, 18 maahad tahfiz, 11 sekolah agama dan 26 premis KAFA bukan milik kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyerahkan replika cek peruntukan berkenaan di Masjid Sri Sendayan, Seremban pada Jumaat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *