Dadah RM4.36 Juta Dirampas, 3 Sindiket Besar Akhirnya Tumbang Di Johor

JOHOR BAHRU: Polis Johor berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dalam beberapa serbuan berasingan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan mencecah RM4.36 juta.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor itu turut membawa kepada penahanan beberapa suspek tempatan dan warga asing dipercayai aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah di negeri ini.

Antara dadah yang dirampas termasuk syabu, pil ekstasi dan pelbagai bahan terlarang lain yang dipercayai untuk pasaran tempatan.

Polis percaya sindiket terbabit menggunakan beberapa lokasi sebagai stor simpanan sebelum dadah diedarkan ke pasaran sekitar Johor dan negeri lain.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *