Kerajaan Dah Capai 50% Penjimatan, Perkhidmatan Rakyat Tak Terjejas

KUALA LUMPUR : Langkah kerajaan menyelaraskan perbelanjaan operasi kementerian dan agensi susulan krisis bekalan global berjaya mencapai kira-kira 50 peratus daripada sasaran penjimatan setakat ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memaklumkan langkah tersebut menunjukkan hasil positif tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Menurut beliau, kebajikan rakyat serta sektor penting seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan tetap menjadi keutamaan kerajaan.

Kerajaan sebelum ini turut mengarahkan semua program rasmi dan acara berskala besar dilaksanakan secara sederhana sebagai langkah berjimat dalam menghadapi cabaran ekonomi global semasa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *