Pelajar UM dakwa forum antirasuah dihalang polis

Petaling Jaya – Sekumpulan pelajar Universiti Malaya mendakwa forum berkaitan integriti dan rasuah anjuran badan pelajar dihalang polis daripada berlangsung.

Menurut Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), hampir 30 anggota polis mengganggu kumpulan pelajar ketika mereka menuju ke lokasi di hadapan Dewan Tunku Canselor.

Pelajar turut mendakwa dua kenderaan polis menyalakan lampu ke arah mereka ketika forum cuba diteruskan, sekali gus mewujudkan suasana intimidasi.

Umany menegaskan tindakan itu mengekang hak berhimpun dan kebebasan akademik pelajar di kampus.

Forum berkenaan dijadual membincangkan isu integriti termasuk dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *