PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, memuji jasa Azam Baki yang disifatkan banyak melakukan reformasi sepanjang mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Menurut beliau, pembaharuan yang dibawa Azam berjaya mengangkat SPRM sebagai badan penguat kuasa yang lebih unggul dan berprestij.
Shamsul Azri turut merakamkan penghargaan terhadap khidmat Azam yang menamatkan tugas selepas 42 tahun bersama SPRM termasuk beberapa kali lanjutan kontrak sebagai ketua pesuruhjaya.
Azam bagaimanapun sebelum ini turut berdepan pelbagai kontroversi termasuk isu pemilikan saham dan himpunan awam yang mendesak siasatan terhadapnya.
Dalam masa sama, Shamsul Azri mengucapkan tahniah kepada Abdul Halim Aman yang secara rasmi memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu.
Beliau yakin pengalaman Abdul Halim dalam bidang kehakiman dan perundangan mampu memperkukuh lagi peranan serta imej SPRM di peringkat dalam dan luar negara.