KDNK Malaysia Naik 5.4% Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR : Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus pada suku pertama 2026, mengatasi anggaran awal 5.3 peratus dengan sokongan permintaan domestik yang kukuh.

Menurut Bank Negara Malaysia, pertumbuhan itu dipacu perbelanjaan isi rumah, pelaburan swasta serta eksport terutama sektor elektrik dan elektronik (E&E).

Pelaburan swasta meningkat 7.8 peratus manakala eksport bersih melonjak 13.5 peratus pada tempoh sama.

Sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menjadi penyumbang utama ekonomi negara, termasuk permintaan berkaitan AI dan pusat data.

BNM bagaimanapun mengingatkan Malaysia masih berdepan cabaran luar susulan konflik Asia Barat, kenaikan harga tenaga dan ketidaktentuan global.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *