Malaysia Bantah Norway Batalkan Lesen Peluru Berpandu, PMX Hubungi PM Norway

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan Norway membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal (NSM) kepada negara ini.

Menurut beliau, bantahan itu disampaikan terus kepada Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre, menerusi perbualan telefon pada Khamis.

Anwar berkata Malaysia telah memenuhi semua kewajipan kontrak sejak 2018, namun keputusan unilateral Norway disifatkan tidak boleh diterima.

Beliau menegaskan tindakan tersebut boleh memberi kesan serius terhadap kesiapsiagaan pertahanan negara termasuk program pemodenan Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik TLDM.

Menurutnya, kontrak pertahanan bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan kepercayaan dan hubungan strategik antara negara.

Sistem peluru berpandu NSM itu sebelum ini diperoleh menerusi kontrak bernilai sekitar RM571.9 juta bagi melengkapkan enam kapal LCS baharu negara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *