KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) dijangka membincangkan calon ketua pembangkang baharu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu pada Sabtu ini.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat tersebut akan membuat beberapa keputusan penting termasuk berkaitan struktur pembangkang di Parlimen.
Menurut beliau, perbincangan itu dibuat susulan beberapa perkembangan politik semasa yang melibatkan kepimpinan pembangkang.
Sebelum ini, kedudukan Ketua Pembangkang menjadi perhatian selepas beberapa perubahan dalam kepimpinan dan hala tuju parti pembangkang sejak awal tahun ini.