JASIN – Seorang penganggur maut selepas ditikam dalam pergaduhan dipercayai berpunca daripada urusan jual beli vape ‘mushroom’ di taman permainan Taman Muhibbah Merlimau, malam tadi.
Mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan tikaman di belakang badan hingga menembusi paru-paru kanan.
Polis menahan empat lelaki berusia antara 20 hingga 35 tahun dalam beberapa serbuan sekitar Merlimau bagi membantu siasatan.
Hasil semakan mendapati beberapa suspek mempunyai rekod jenayah dan narkotik selain dua daripadanya positif dadah jenis methamphetamine.