Isu Guru ‘Duka Lara’ Diberi Keutamaan – KPM

IPOH : Kementerian Pendidikan (KPM) memberi keutamaan terhadap permohonan perpindahan guru melibatkan kes “duka lara”, khususnya membabitkan pasangan jarak jauh dan masalah keluarga.

KPM berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan guru terus terpelihara demi kelancaran proses pengajaran di sekolah.

Antara faktor utama dipertimbangkan ialah masalah pasangan berjauhan, kesihatan dan komitmen keluarga yang memberi tekanan kepada guru terlibat.

Kementerian turut menegaskan setiap permohonan tetap dinilai berdasarkan keperluan perkhidmatan dan kekosongan jawatan di negeri atau sekolah berkaitan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *