Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Janda, Beri Alasan ‘Tumpang Makan’

JOHOR BAHRU : Helah seorang lelaki berstatus suami orang memberi alasan hanya datang ‘tumpang makan’ di rumah seorang janda tidak berjaya apabila dicekup berkhalwat dalam serbuan penguat kuasa agama di sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berusia 42 tahun bersama wanita berstatus janda berusia 39 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Scientex, Pasir Gudang.

Menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), lelaki terbabit mendakwa datang ke rumah wanita berkenaan sekadar untuk makan sebelum tertidur.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati pasangan tersebut gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau dokumen pernikahan yang sah.

Kedua-duanya kemudian dibawa ke pejabat agama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *