Bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli dalam hantaran di laman sosialnya menafikan kegagalan undian 2/3 Rang Undang Undang (RUU) Had Tempoh Perdana Menteri petang tadi bukanlah kerana kumpulannya. Beliau menyatakan mereka menyokong sepenuhnya RUU ini. Sebaliknya tidak kan menyokong RUU berkaitan pemisahan kuasa pendakwaraya dan peguam negara sekiranya tiada pindaan yang dituntut beliau sebelum ini.
RUU Had Tempoh Perdana Menteri memerlukan sokongan 2/3 daripada ahli Parlimen untuk diluluskan namun hanya 146 sahaja ahli Parlimen yang menyokong manakala 33 ahli Parlimen tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.
RUU ini meminda peruntukan dalam Perlembagaan bagi mengehadkan kuasa eksekutif tertinggi negara. Antaranya had tempoh dua penggal bagi Perdana Menteri dan turut mencadangkan agar satu fasal peralihan bagi menentukan sama ada tempoh sebelum pindaan dikuatkuasakan akan diambil kira atau tidak.